Apa itu seramik

Kebanyakan orang (wanita) suka sangat menggunakan barangan seramik ni untuk perhiasan rumah. Hah..kat Simpang Renggam tu..berduyun orang pergi beli. Termasuk ler saya..Tapi kalau setakat nak beli satu jer.. just beli kat Chow Kit jer. Nak pergi sana, jauh sangat. Tak larat just semata-mata nak beli barangan seramik. Contohnya pasu. Kat rumah kalau tak de pasu memang tak sah. Orang kat rumah flat lagi la. Nak tanam pokok mesti kena pakai pasu. Kalau kat kampung senang jer nak tanam pokok. Kat tepi rumah pun boleh tanam. Cerita bab seramik ni. Ada persoalannya. Betul ke ada orang boleh menjadi kaya dengan jualan barangan dari seramik ?. just tanya jer. Padahal saya dah tau pun jawapannya. he he.

Memang betul. Sudah ada orang yang kaya dengan menjual barangan seramik ni. Dengan seramik ni bukan sahaja di buat pasu, Ada gak dijadikan tempat letak biskut. Alahai..tahu2 sendiri ler. Banyak kegunaannya tu. Apa-apa hal saya letakkan juga definisi seramik ni.

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional, yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar.

Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan bahan seramik.

Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Kalau tak kenal seramik maka tak cinta pada seramik. Huh..boleh pakai ke ayat cinta pada seramik. Jangan tak percaya. Bukan dimaksudkan bercinta dengan seramik. Tetapi hanya menggambarkan betapa sukanya memiliki bahan perhiasan dari seramik. Tu yang sanggup pegi beli walaupun jauh. Hanya Jauhari mengenal Maknikam. Saya pun begitu juga. Suka sangat dengan perhiasan seramik ni. Kalau pergi Langkawi banyak ler bahan seramik ni. Bermacam-macam kaler. Rambang mata. Cari seramik yang esklusif tetapi harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: